Tuesday 9 February 2016

Kadar Caruman KWSP Yang Baru

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa pengurangan kadar caruman pekerja daripada 11% kepada 8% adalah untuk pekerja di bawah umur 60 tahun, manakala pengurangan daripada 5.5% kepada 4% adalah untuk pekerja berusia lebih 60 tahun bermula daripada gaji/upah bulan Mac 2016 sehingga Disember 2017.

Kadar caruman majikan dan pekerja yang baru bermula 1 Mac 2016 boleh dirujuk pada Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kadar caruman bagi majikan kekal pada kadar semasa.

Untuk pekerja yang ingin mengekalkan kadar caruman 11% boleh melengkapkan borang KWSP 17A (Khas 2016).

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.kwsp.gov.my/.


No comments:

Post a Comment