Sunday 15 January 2017

2017 tahun suram, ekonomi negara kian tenat


50, 000 hilang kerja.

2017 tahun suram, ekonomi negara kian tenat.

Rakyat negara ini melangkah ke tahun baharu dalam suasana ekonomi yang semakin parah sehingga jumlah pekerja yang dijangka akan diberhentikan oleh pihak majikan pada tahun 2017 akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang seperti yang dijangkakan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil dan seterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja. 

Keadaan ini pasti menyebabkan rakyat yang sudah amat terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari menjadi semakin terhimpit.

No comments:

Post a Comment