Monday 6 February 2017

Akaun 2 KWSP 'Terkunci Terus' Di Bawah Skim Baru PRIMA - duit tidak boleh dikeluarkan selagi pinjaman rumah tidak selesai

Skim pinjaman perumahan baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017 akan memberi kesan terhadap kapasiti pengeluaran jangka panjang pembeli daripada akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Shahril Ridza Ridzuan berkata skim itu dibuka untuk pembeli rumah kali pertama dan bagi pembelian rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berharga RM300,000 ke bawah.

“Kami sedang memuktamadkan skim itu yang akan bermula 1 Januari, namun yang mahu mengambil skim itu perlu memastikan mereka tahu bahawa dengan mengambil pinjaman jangka panjang itu mereka tidak boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 untuk kegunaan jangka pendek,” katanya.

Shahril berkata ini kerana di bawah skim itu, 4 bank yang menyertainya iaitu:- Maybank, CIMB, RHB dan AmBank akan meluluskan permohonan jumlah pinjaman berdasarkan kepada pendapatan masa depan yang akan masuk ke Akaun 2 KWSP peminjam.

Katanya, langkah untuk “ring-fence” akaun KWSP peminjam juga untuk memberi lebih jaminan kepada bank supaya mereka boleh memberikan had pinjaman lebih tinggi kepada pemohon.



Maka, mereka yang memilih kemudahan itu tidak akan dapat membuat pengeluaran pra persaraan lain di bawah Akaun 2, termasuk untuk perubatan, pendidikan, umur 50 dan bagi menunaikan haji, sehingga pinjaman PR1MA itu diselesaikan sepenuhnya.

Beliau berkata keadaan itu mungkin jadi rumit jika peminjam tidak membayar pinjaman rumah berkenaan.

"‘Ring fence’ bukan caj kepada Akaun 2 untuk memaksa ahli mengeluarkan wang mereka tetapi ahli akan pasti menggunakan wang itu untuk mengelak bankrap,” 

Katanya, jika peminjam ada masalah tunggakan bayaran semula pinjaman itu, wang dalam Akaun 2 akan digunakan akhirnya meskipun ia tidak boleh digunakan sehingga pinjaman berkenaan dijelaskan.

Shahril juga menafikan ada rancangan untuk meluaskan skim pembiayaan hampir sama untuk skim perumahan mampu milik Selangor, iaitu Rumah Selangorku. “PR1MA ialah skim perumahan di seluruh negara. 

No comments:

Post a Comment