Thursday 9 February 2017

Cawangan baru Bank of America tanpa pekerja

Sejak beberapa bulan yang lepas Bank of America telah membuka tiga cawangan automatik di mana pelanggan boleh menggunakan mesin ATM dan mengadakan persidangan video dengan pekerja di cawangan-cawangan lain, menurut jurucakapnya Anne Pace.

Seperti kebanyakan bank di Amerika pada tahun-tahun kebelakangan ini, Bank of America telah mengurangkan bilangan cawangan bagi mengurangkan kos.

Walaupun ia membuka cawangan baru di beberapa pasaran terpilih, cawangan baru biasanya lebih kecil dan menggunakan lebih teknologi. Cawangan-cawangan baru mensasarkan perniagaan gadai janji, kad kredit dan pinjaman kereta selain urus niaga yang mudah seperti menunaikan cek.

Pace berkata terdapat satu cawangan sepenuhnya automatik di Minneapolis dan satu lagi di Denver. Luasnya satu perempat daripada saiz cawangan biasa.



Ketua Unit Perbankan Pengguna Bank of America, Dean Athanasia pernah menerangkan secara ringkas tentang cawangan-cawangan yang baru semasa sesi soal jawab di persidangan pelabur, tetapi dia tidak menerangkan secara terperinci.

Athanasia berkata Bank of America akan membuka 50 hingga 60 cawangan baru pada tahun hadapan, Pace pula berkata bahawa bank itu juga akan menutup cawangan di pasaran tertentu, jadi 50 hingga 60 cawangan tidak dikira sebagai peningkatan bersih. 

Bank of America membuka 31 cawangan baru pada 2016 dan mempunyai 4,579 pusat kewangan pada akhir suku keempat tahun 2016, berbanding 4,726 pada suku keempat 2015 dan 5,900 pada akhir tahun 2010.

Sumber daripada The Star

No comments:

Post a Comment